RSS

Saturday, October 10, 2009

Aidilfitri Yang Berlalu…

Syawal tahun ini lebih bermakna buat saya dan suami kerana inilah tahun pertama kami dapat beraya bersama-sama. Apakan daya Syawal tahun lepas merupakan syawal yang begitu sederhana bagi saya sekeluarga kerana ia merupakan Syawal pertama kami sambut tanpa abah tersayang, Allahyarham Haji Nurudin B. Tahir yang telah kembali ke Rahmatullah pada 15 Disember 2007, sehari sebelum kelahiran cucu sulung ayah. Pemergian abah sangat kami rasai terutamanya mak. Syawal tahun lepas berlalu dengan penuh kesederhanaan. Tahun lepas juga merupakan tahun pertama saya menyambut Syawal selepas bergelar isteri. Namun, kami tidak dapat meraikannya bersama-sama lantaran suami saya masih bertugas di Jizan, Saudi Arabia. Kami hanya dapat berutus khabar melalui internet. Berpisah 3 bulan selepas bergelar pengantin baru memberikan kesan yang mendalam kepada kami. Ini membuatkan saya dan suami amat menghargai saat-saat kami bersama sehinggalah ke hari ini. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya berpisah dengan suami ketika itu.

Syawal tahun ini, Alhamdulillah…. Kehilangan abah masih terasa namun tidah sesedih tahun lalu. Di pagi Syawal saya panjatkan doa agar roh Allahyarham Abah tenang bersama orang-orang yang beriman. Raya tahun ini merupakan syawal pertama saya raikan di rumah keluarga mertua, di Ampangan Seremban. Terasa begitu bermakna dapat menyambut Syawal bersama-sama suami tersayang. Apatah lagi kami dalam debaran menanti kehadiran insan tersayang, bukti cinta kami yang pertama. Alhamdulillah kandungan saya sudah masuk 9 bulan. Menungggu hari saat kelahirannya. Kalau dulu kita sendiri, kini berdua dan akan bertiga dan seterusnya. Begitulah nikmat kurnian yang Allah kurniakan. Moga-moga Allah mudahkan segala urusan kami.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H / 2009M!!!

0 comments:

Post a Comment